∆Semua planet dalam sistem solar dianggarkan memiliki usia sama iaitu 4.54 bilion tahun.
∆Planet Zuhrah diliputi awan tebal yang memantul banyak sinar matahari - jadi ia menjadi planet paling terang dilihat pada waktu malam.
∆Planet Zuhrah memiliki lebih 1,000 gunung berapi atau pusat gunung berapi yang mempunyai ukuran diameter lebih 12 batu.
∆Planet bumi adalah satu-satunya planet dalam sistem solar yang mempunyai cecair pada permukaannya.
∆Planet Musytari adalah planet terbesar dalam sistem solar di mana ia boleh ‘menelan’ hingga 1,300 planet bumi.
∆Planet Musytari mempunyai 63 bulan di mana 23 bulan ditemui pada 2003. Bulan terbesar, Ganymede adalah lebih besar daripada planet Utarid dan Pluto.
∆Planet Marikh dipercayai mempunyai gunung berapi paling besar dalam sistem solar. Kemuncak Olympus Mons adalah tiga kali lebih tinggi dari Gunung Everest.
∆Planet Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptune adalah planet gas dan tidak memiliki permukaan kukuh.
∆Ribut Great Red Spot dalam planet Musytari wujud sejak beratus-ratus tahun lalu - saiznya menyamai tiga planet Bumi.
∆Musim di planet Uranus tamat selepas lebih 20 tahun - ini disebabkan kedudukannya yang senget pada sisinya.
∆Matahari membakar sekurang-kurangnya 600 juta tan metrik hidrogen setiap saat.
Saturday, August 22, 2009
FaKtA SaINs AngKasA
Post By Az pada 3:17 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment